Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil di kawasan ladang kelapa sawit Mostyn di Kunak, Sabah

Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil ini dilakukan di Kawasan Perladangan Kelapa Sawit Mostyn di Kunak, Sabah. Sebanyak 46 ekor mamalia kecil yang terdiri daripada Tupaia longipes, Tupaia tana, Callosciurus notatus, Rattus rattus, Sundamys whiteheadi, Sundamys muelleri dan Maxomys surifer...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Nur Hidayat Mazlan
Format: Text
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Dua
Online Access:http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19484/
http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19484/1/Kajian%20infeksi%20parasit%20darah%20pada%20mamalia%20kecil%20.pdf
Description
Summary:Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil ini dilakukan di Kawasan Perladangan Kelapa Sawit Mostyn di Kunak, Sabah. Sebanyak 46 ekor mamalia kecil yang terdiri daripada Tupaia longipes, Tupaia tana, Callosciurus notatus, Rattus rattus, Sundamys whiteheadi, Sundamys muelleri dan Maxomys surifer berjaya diperolehi. Sebanyak 12 (26.09%) daripada sampel mamalia kecil yang dikaji mempunyai infeksi parasit darah seperti Plasmodium sp., Brugia sp., serta Wuchereria sp. manakala yang selebihnya tiada parasit darah ditemui. Secara umumnya, sembilan ekor mamalia kecil betina mendapat infeksi parasit manakala mamalia kecil jantan hanya tiga ekor daripada jumlah keseluruhan yang diinfeksi. Berdasarkan spesies mamalia kecil pula, Tupaia longipes mendapat infeksi parasit tertinggi iaitu lima ekor (10.86%), diikuti dengan Callosciurus notatus tiga ekor (6.52%), Rattus rattus dua ekor (4.35%), Tupaia tana dan Maxomys surfer masing-masing satu ekor (2.17%). Manakala 34 ekor mamalia kecil selebihnya (73.91%) termasuk Sundamys muelleri dan Maxomys whiteheadi, tidak mendapat sebarang infeksi daripada parasit darah. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara kehadiran infeksi parasit dengan jantina mamalia kecil tetapi tiada hubungan antara kehadiran infeksi dengan spesies mamalia kecil.