Saw Ting Yik Juara Pidato Water! 2011 Youth Conference

SERDANG, 22 Mac - Pelajar Bacelor Kejuruteraan (Kimia Kejuruteraan) Universiti Putra Malaysia (UPM), Saw Ting Yik muncul juara pertandingan Pidato Water! 2011 anjuran UPM, Coca-Cola dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Mengulas kejayaan itu, Ting Yik berkata pidatonya yang bertajuk ‘Changing...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: Text
Language:unknown
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/11597/
http://psasir.upm.edu.my/11597/1/Juara_Pidato_Water%21.pdf
Description
Summary:SERDANG, 22 Mac - Pelajar Bacelor Kejuruteraan (Kimia Kejuruteraan) Universiti Putra Malaysia (UPM), Saw Ting Yik muncul juara pertandingan Pidato Water! 2011 anjuran UPM, Coca-Cola dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Mengulas kejayaan itu, Ting Yik berkata pidatonya yang bertajuk ‘Changing Mind Set on Water Conservation’ bertujuan mengubah pemikiran masyarakat dalam melestarikan penggunaan air untuk meningkatkan kualiti hidup kepada generasi akan datang. “Justeru, dengan pidato ini ia diharap dapat menyemai kesedaran kepada masyarakat negara ini mengenai pentingnya menghargai air demi kelestarian alam sekitar,” katanya yang berjaya mengalahkan 11 pemidato lain. Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Mohamed Kadri Mohamed Taib berkata rakyat Malaysia harus mengubah corak pemikiran mengenai air dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia. “Kerjasama Coca-Cola dengan organisasi seperti MNS dan pusat pengajian tinggi ini diharap agar kesedaran terhadap isu air dapat dikongsi dan seterusnya menjadi warga penggerak bagaimana kita dapat mengekalkan sumber ini demi kelangsungan manusia sejagat,” katanya. Program Water! 2011 diadakan sempena persidangan Belia Kebangsaan berkaitan Sumber Air di Malaysia dan ia bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai isu air kepada masyarakat di negara ini. Selain pertandingan pidato, sesi ceramah berkenaan isu air disampaikan oleh Institute of Antarctic and Southern Ocean Studies, University of Tasmania, Prof. Dr. Sandra Ann Zicuss.